Latar belakang Pilihan_raya_umum_presiden_Indonesia_2024

Pelaksanaan

Pemilihan umum Presiden dan Timbalan Presiden diatur dalam Seksyen 6A dan Seksyen 22E Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia dan Undang-Undang tentang Pemilihan Umum. Pasangan calon Presiden dan calon Timbalan Presiden diusulkan oleh parti politik atau gabungan parti politik yang memperoleh sekurang-kurangnya 20% kerusi Dewan Perwakilan Rakyat atau sekurang-kurangnya 25% undi kebangsaan pada pemilihan umum sebelumnya (kali terakhir adalah pada 2019). Dengan begitu, hanya PDI-P yang dapat mencadangkan pasangan calon tanpa keperluan perikatan. Pemilihan umum Presiden dan Timbalan Presiden dilakukan dengan dua pusingan apabila pada tiada pasangan calon yang memperoleh lebih dari 50% undian dengan sekurang-kurangnya 20% undi yang tersebar di lebih dari setengah provinsi di Indonesia pada pusingan pertama. Sehingga kini, pemilihan umum Presiden dan Timbalan Presiden dwipusingan hanya pernah berlaku pada pilihan raya 2004.

Oleh kerana perlembagaan negara menetapkan had jawatan presiden selama dua penggal, Joko Widodo sebagai penyandang serta bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono tidak boleh bertanding lagi dalam pilihan raya kali ini.